Thursday, 23 June 2011

Info Jerslin

Bismillahirrahmanirrahim


Syukur Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat juga saya menulis tentang Jerslin Power Oil, harap yang kurang boleh dimaafkan dan diperjelaskan untuk manfaat bersama.InsyaAllah.


Pengasas Jerslin Power Oil ialah Pn.Shima dan diedarkan oleh Jershima Integrated Sdn.Bhd.

Dalam Penghasilan Jerslin Power Oil, tiada sebarang bahan bahaya digunakan dan ini menjadikan Jerslin Power Oil selamat digunakan oleh pelbagai peringkat umur. Jerslin Power Oil disahkan halal oleh JAKIM.

Jerslin Power Oil Dibuat daripada


1. Minyak Bijan diketahui mempunyai khasiat untuk menambah berat badan, menambah saiz buah dada, baik untuk pengedaran darah serta melembut dan melicinkan kulit.


2. Minyak Zaitun mempunyai khasiat untuk mengendurkan urat, untuk merawat kencing manis, baik juga untuk penyakit hati serta kurang darah putih, menghilangkan kepecahan gusi dan mata ikan sekaligus memelihara kecantikan wajah


3. Minyak Bunga Matahari berkhasiat sebagai antiseptik ,tekanan darah tinggi/ rendah, mengurangkan nyeri ketika haid, gastrik , sakit kepala, sakit gigi, sakit perut , bengkak payudara, bengkak sendi, awet mudah, memudahkan bersalin, kencing kotor, anti malaria dan kanser.InsyaAllah.


4. Habbatus Sauda ( NabiMuhammad S.A.W bersabda dalam hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain "Gunakan Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis penyakit kecuali As Sam(maut)" (HR.Bukhari Muslim)

untuk menghasilkan kulit muka yang cerah

membantu merawat batuk dan asma

kencing manis

selsema

keguguran rambut

tekanan darah tinggi

masalah untuk tidur

sakit-sakit otot dan sendi

rasa loya dan muntah

mengurangkan kolesterol

Merawat batu karang dan sebagainya.

merawat Sihir


4. Ekstrak Lintah

Antara kelebihan lintah ialah mempunyai hirudin, iaitu bahan antipembeku yang kini dimajukan sebagai bahan anti pembekuan sistemik. Kajian mendapati darah manusia yang dihisap dan berada dalam perut lintah tidak membeku, manakala keadaan sel darah merah adalah baik.

Ia boleh merawat mata dan telinga yang bengkak serta masalah lebam bawah mata dan mengatasi masalah jerawat.


5. Ekstrak Linang

"Ikan Linang" atau lebih dikenali sebagai Belut kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, vitamin dan zat besi. Ia bagus diamalkan kerana boleh menguatkan daya tahan tubuh, membantu menstabilkan tekanan darah,menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan mencegah hepatitis.


6. Ekstrak Gamat

Gamat telah digunakan sebagai perawatan tradisional sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh nenek moyang kita sebagai minuman tonik untuk membantu memulihkan sistem peranakan selepas bersalin, penyembuhan luka dalaman dan pembedahan, sakit sendi, radang paru-paru dan juga berkesan untuk memanaskan badan dan memberi tenaga. Minyak gamat juga sering digunakan untuk membantu menyembuhkan luka luaran turut diaplikasi sebagai minyak urut.Berdasarkan kajian moden pula , gamat boleh :

mengurangkan risiko sakit jantung

membantu penyembuhan luka serta memperlahankan proses degenerasi sel sekaligus melambatkan proses penuaan pra-matang

sebagai antioksidan mampu membantu mengurangkan kerosakan sel dan tisu tubuh

membina dan mengukuhkan kekuatan dan fleksibiliti sendi

anti-bakteria

anti-fungus.

anti-nosiseptif (mengurangkan rasa sakit)

anti-hipertensi

anti-diabetis

anti-histamin

anti gastrik

anti-radang

anti-kanser tertentu.


7. Ekstrak Tongkat Ali

mengatasi masalah seksual

darah tinggi

awet muda(anti oksida)

anti malaria

anti bakteria

anti virus

demam

ulser

sakit otot

membantu pengawalan diabetis


7. Strawberry


8. Herba Tempatan Terpilih

No comments:

Post a Comment